Wednesday, May 20, 2009

Friday, March 13, 2009

nasi goreng pagi jumaat

perut aku start meragam. perut kosong. tak tau nak makan apa. kat dapur yang ade, nasi lebih malam tadi. dalam freezer ade 4 ekor udang. aku bawak kuar udang, bubuh kat running water dalam sink. panas kuali cast iron, buh minyak sikit. buh sikit minyak masak kat nasi, gaul ngan crush black pepper dan white pepper dan sikit garam kosher. kopek bawang besar, potong dadu. ketuk garlic dua ulas.

minyak dah panas, buh bawang dan garlic, kopek udang, devined dan potong tiga bagi kecik, campak udang dalam kuali kacau2. amik cili api 2 3 tumbuk guna lesung batu. campak jugak dalam kuali. pecah sebijik telur ayam organic dalam kuali. kacau. potong sawi sikit. basuh. masukkan nasi tadi kacau sikit. masukkan sayur last. bagi kick sikit last sekali bubuh sikit granulated belacan. hehe. kacau2. tutup api. senduk bubuh dalam bowl. ready untuk amik gambar.

pas tu makan. perut still meragam. makan lambat kut. note to self: lenkali kena masak cepat sikit. 15 minit lama sangat. kena bawah 15 minit.

Thursday, March 5, 2009

singgang red snapper


put singgang mix in pot of water
crush a few bird eye chili pepper and throw into the pot
add red snapper and let boil
dash of sea salt or kosher salt and some fresh black pepper from pepper shaker
then eat

good eat for you high blood pressure to the roof people
quit eating greasy salty high cholesterol food

Tuesday, March 3, 2009

udang masak lemak cili api, telur dadar, sambal belacan dan timun

shrimps in coconut milk and omelet
served with steam rice and side sambal belacan

kerutuk ayam dan kailan goreng bawang putih


lain kali kurangkan lagi minyak kat sayur tuh.

Thursday, February 26, 2009

chicken mushroom noodle soup

sup ayam cendawan dengan mee kuning

Sunday, January 25, 2009

laksa penang yang tak bole aku lupa

hari ni aku masak laksa. dua hari sudah telepon adik perempuan aku, dia baru lepas makan laksa. pas tuh, teringat pasal laksa tak pasal2. semalam, lepas gunting rambut singgah supermarket, lalu kat lorong mee kuning, mee beras, nampak laksa. jadi kena lah masak laksa. aku amik 2 bungkus laksa, pas tu yang lain-lain aku cari ape yang patut ade.

aku memang suka laksa ni. tambah pulak laksa penang. masa kecik2 dulu satu mangkuk 50 sen siap ade separuh biji telur rebus. memang best.

aku tau kat umah masih ade daun kesum, cabei kering yang kecik, asam gelugur, asam jawa, belacan sarawak. jadi aku patah balik ke bahagian sayur, beli timun, cabei merah tak de ganti ngan cabei hijau, daun pudina, limau nipis, bawang kecik. pas tu gi kat bahagian makanan laut beli ikan mackarel boston. ikan temenung nih. telur ayam pun beli jugak lah, rasa dah nak habis.

pas tu baru ingat tak de lengkuas, kalu ade pun yang kering, tak nak, nak yang segar. jadi, patah balik beli lengkuas jugak. bunga kantan kena cari kemudian kat kedai siam.

tadi pagi kuar, gi beli bunga kantan. baru turun lori deliveri. segar tapi beku. ok la, duk amerika nih.

sampai umah, aku rebus ikan 2 ekor. bila dah mendidih air, ikan dah masak, bawak kuar. tari tulang dia. aku amik pala ngan bagian dekat perut tu aku kisar. tulang aku asing kan dulu. isi yang lain aku tak kisar, pecah2 kan ngan garpu jer.

aku kisar cabei kering tadi, yang kecik dan yang beso sukati ikut pedas mana nak. ikut perut la, biji dibuang. campur bersama bawang kecik, garlic, belacan sarawak.

masukkan suma nih dalam periuk tumis la, pas tuh masuk air asam, campur bunga kantan, serai, daun kesom, asam keping. pas tu tambah lagi air masuk pala ikan yang kisar tu, pas tu isi ikan yang dihancurkan ngan garpu tuh. pas tu biar lah mendidih. aku punya air dia kering cepat, pasal sikit kut, so aku tambah air lagi, kasi mendidih lagi. hehe

pas tu rase lah. taruh garam secukup rasa, tak cukup masam, aku buh satu jagi asam keping. jadi 3 asam keping aku bubuh. manyak tuh. ni la padah dia tak mo dengar cakap.

laksa dicelup dalam air mendidih seketika, telur ayanm direbus sampai mendidih. daun pudina di petik2 dari tangkai nya, timun dihiris jadi macam gambar. guna madolin jepun. bawang besar dipotong macam dadu, dadu kecik.
tak ketinggalan cabei burung dan cabei hijau tuh dirhiris halus2.
makan lah laksa penang dalam mangkuk atau pinggan dalam, panas2 dengan petis udang. kalu kuah sejuk, lain lak citer nya. berhenti sebelum kenyang. jangan terover, tak kira la sedap camana pun. nanti lenkali bole buat lagi. makan lagi.

note: tak sesuai makan lewat malam. atau perut kosong. asam limau berbisa. begitu jugak asam gelugur.