Friday, March 13, 2009

nasi goreng pagi jumaat

perut aku start meragam. perut kosong. tak tau nak makan apa. kat dapur yang ade, nasi lebih malam tadi. dalam freezer ade 4 ekor udang. aku bawak kuar udang, bubuh kat running water dalam sink. panas kuali cast iron, buh minyak sikit. buh sikit minyak masak kat nasi, gaul ngan crush black pepper dan white pepper dan sikit garam kosher. kopek bawang besar, potong dadu. ketuk garlic dua ulas.

minyak dah panas, buh bawang dan garlic, kopek udang, devined dan potong tiga bagi kecik, campak udang dalam kuali kacau2. amik cili api 2 3 tumbuk guna lesung batu. campak jugak dalam kuali. pecah sebijik telur ayam organic dalam kuali. kacau. potong sawi sikit. basuh. masukkan nasi tadi kacau sikit. masukkan sayur last. bagi kick sikit last sekali bubuh sikit granulated belacan. hehe. kacau2. tutup api. senduk bubuh dalam bowl. ready untuk amik gambar.

pas tu makan. perut still meragam. makan lambat kut. note to self: lenkali kena masak cepat sikit. 15 minit lama sangat. kena bawah 15 minit.

1 comment:

hazila said...

Ermmm nasi goreng you nampak yummy and your photo make it more slurppppp.