Friday, November 21, 2008

asam pedas ikan


kat luar sejuk macam ape jer. angin kuat. pas solat jumaat tadi singgah market beli ikan. steak cut. ikan ape da, grouper kut. balik bole buat soup. soup ikan. hehe.

lepas jalan-jalan kat opis depot yang nak tutup kat umah tu, 50% off everythings. dari furniture sampai rubber. pink rubber tuh la. eraser. chips pun 1/2 price. aku beli sharpie jer. bole conteng-conteng.

selepas afternoon tea, black tea with milk, pulled, aka teh tarik ngan roti empat segi bergula, aku solat asar, then aku ke dapur. masak nasi, basuh dishes. masa basuh dishes, teringin pulak nak makan asam pedas. ape lagi, soup ikan bertukar asam pedah ikan.

ingredient dia:

ikan steak tu 2 potong
bawang kecik
bawang putih
halia
cabe kering
udang kering
kunyit hidup sikit
belacan sarawak yang diseludup
asam keping
daun kesom

blend bawang2 tuh ngan halia, ngan cabei kering yang direndam sampai kembang, dan udang kering yang juga direndam kejap, serta belacan seludup tuh.
pas tu tumih la dengan minyak vegetable. dah tu, tambah lah air sikit, gula kabung sikit, salt, pepper, dan tak lupa asam keping dimasukkan jugak. dan daun kesom jugak. last masuk ikan tadi, biar sampai didih kat temperature medium. sudah didih siap la.

hidangkan sebagai lauk atau makan dengan nasi dalam satu pinggan. sedap dengan telur dadar dan kopok ikan. cuba.

p/s: kalu nak pedas sikit, ketuk satu dua cabei burung dan bubuh dalam periuk tu masa kat2 nak tutup api. bagi kick sikit.


1 comment:

AzLeen said...

lagi best kalau ada sayur like bendi or terung.. cuba laa